Posts

Kampung Kubu Gajah Dalam

 Kampung Kubu Gajah Dalam ialah sebuah perkampungan yang terletak di Mukim Sungai Buloh, Daerah Petaling, Negeri Selangor Darul Ehsan. Kampung ini dibuka pada sekitar tahun 1930-an dengan penduduk yang berasal dari kawasan Ijok, Batang Berjuntai, dan Kuala Selangor. Kampung Kubu Gajah Dalam adalah berbeza dengan Kampung Kubu Gajah Luar yang terletak berdekatan Jalan Kuala Selangor. Kampung Kubu Gajah Dalam dan Kampung Kubu Gajah Luar dipisahkan oleh salah satu sungai besar di Selangor iaitu Sungai Buloh (451.96km), yang bermuara di Selat Melaka.  Selain Kampung Kubu Gajah Luar, Kampung Kubu Gajah Dalam berkongsi sempadan dengan Kampung Merbau Sempak di utara, Elmina Gardens by Sime Darby di selatan dan Kampung Paya Jaras Hilir. Jumlah bancian penduduk Kampung Kubu Gajah Dalam pada tahun ? adalah 10,970 orang (65% Melayu, 35% Lain-lain).  Sejarah Kawasan ini dipercayai mendapat namanya bersempena dengan kubu yang dibina oleh para pemburu gajah sebelum tahun 1930-an. Semasa...